Monday, November 23, 2015

Agenda Jahiliyah


images (2)


Terdapat berbualan antara seorang pemuda dengan seorang kanak-kanak.
Pemuda : Kenapa kamu duduk di sini?
Kanak-Kanak : Bashar Al-Asaad membunuh kami. Dia merompak kita, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita duduk di sini. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita mengisi air di sini, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita tidak berbuat apa-apa untuk dipersalahkan. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita minum di sini
Pemuda : Kenapa kamu menangis?
Kanak-kanak : Kerana dia merompak kita. Dia memusnahkan rumah kami. Kita tidak mempunyai apa-apa. Saya bersumpah kepada Tuhan.
Pemuda : Dia memusnahkan rumah kamu?
Kanak-kanak : Kita tidak mempunyai apa-apa. Kami di sini untuk minum air. Kami menunggu dua orang untuk tinggal bersama mereka. Kita berjaga pada waktu malam dengan mereka. Saya  bersumpah kepada Tuhan, dia tidak memberikan kami tinggal walaupun satu minit di rumah kami. dia Bashar Al-Assad. Allah Maha Besar dan Allah Maha Besar.


Lirik Lagu Agenda Jahiliah/Kita Perang Kita Menang – Bunkface

Seorang pemuda miskin hilang,
Tiada Pencarian,
Seorang anak muda kaya hilang,
Beribu pencarian,
Dulu kau berani tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,
Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,
Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,
Mereka dipilih atas nama,
Yang hanya berkuasa,
Dunia hitam menjadi rebutan,
Agenda Jahiliah,
Dulu kau berani tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,
Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,
Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,
Semakin ku tentang,
Semakin ku rasakan,
Kemahuan mu dalam diam,
Mereka cuma mahukan dunia,
Kuasa memberi segala-segalanya,
Bagi mereka,
Dunia pemberi makna,
Kini semua hilang berubah,
Apa yang tinggal hanya sengsara,
Mereka tak akan menggalah,
Namun aku tak akan mendiam,
Kita akan bangkit semula,
Menentang di masa hadapan,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Dan kita menang,


images (3)

Maksud Lagu.

Lagu ini berkisarkan tentang diskriminasi yang terjadi di antara orang miskin dan orang kaya. Dimana jika malang yang menimpa orang miskin tidak diendahkan manakala malang yang menimpa golongan yang mempunyai nama dan pangkat segeran dibantu. Jika dilihat dalam perbualan pada permulaan lagu, kanak-kanak tersebut mahu mengisi air untuk minum namun dia tidak diberikan kebenaran.

Persoalan yang ditimbulkan oleh kanak-kanak iaitu “Apakah yang kita lakukan kepadanya?: diulang sebanyak empat kali menyebabkan timbul rasa pertanyaan apakah sebenarnya kesalah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Kezaliman dengan pencerobohan dan kemusnahan rumah-rumah penduduk di situ menyebabkan mereka tiada apa-apa untuk diberikan. Kanak-kanak tersebut juga tidak dibenarkan tidur pada malam hari dan terpaksa berjaga dengan menghalang mereka untuk tinggal dirumah mereka sendiri. Melalui lirik lagu yang dinyanyikan oleh Bunkface dilihat dunia menjadi rebutan oleh manusia yang mempunyai kuasa sedangkan orang yang tidak mempunyai autoriti cuma mahu menjadikan tempat persinggahan perlindungan.

Namun, mereka yang tidak mempunyai kuasa ini bangkit menentang kezaliman melalui suara yang dilaungkan dan didengari oleh masyarakat dunia yang lain tentang kezaliman yang dirasai. Mereka tidak akan mengalah, berdiam diri dan akan bangkit menentang kezaliman pada masa hadapan melalui perang sehingga mendapatkan kemenangan.

Kezaliman ini telah mencabuli hak asasi manusia yang menuntu hak yang sama sesama manusia. Setiap individu masih mempunyai hak yang sama walaupun terdapat perbezaan dari segi kuasa, pangkat dan harta. Hak mereka sepatutnya dituntut dan diperjuangkan. Tidak salah jika mereka menuntut hak sebagai penghuni sementara di dunia ini untuk mendapatkan kebebasan. Kuasa tidak melambangkan sama ada individu mempunyai hak atau tidak. Kuasa hanya melambangkan penguasaan sesuatu bukannua penguasaan yang terpaksa menghalang seseorang untuk mendapatkan hak individu.

Melalui penceritaan lagu ini juga kerakusan golongan-golongan yang tamak dan kejam dalam mengejar kekuasaan dunia dengan cara menindas golongan lemah. Lagu ini membicarakan juga tentang kebangkitan golongan lemah dalam menuntut keadilan. Saya yakin mereka akan mendapatkan semangat kebangkitan dan perjuangan untuk menang tanpa rasa putus asa.


Sumber : https://azrihakam.wordpress.com/2014/12/01/lagu-tentang-hak-asasi-manusia/

Hak Seorang Pekerja

Assalamualaikum kawan-kawan,

Setiap antara kita merupakan seorang pekerja. Tidak kira pekerja kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri. Setiap pekerja mempunyai hak asasi seorang pekerja yang perlu dijaga untuk mengekalkan mereka bertahan lama di sesebuah organisasi.

Penghargaan dan jaminan terhadap hak pekerja merupakan salah satu penerapan dari prinsip keadilan dalam perniagaan. Dalam hal ini, keadilan menuntut agar semua pekerja diperlakukan sesuai dengan haknya masing-masing.

Baik sebagai pekerja mahupun sebagai manusia, mereka tidak boleh dirugikan, dan perlu diperlakukan secara sama tanpa diskriminasi yang tidak rasional.
Dalam perniagaan modern yang penuh dengan persaingan sengit, para pengusaha semakin menyedari bahawa pengakuan, penghargaan, dan jaminan atas hak-hak pekerja dalam jangka panjang akan sangat menentukan baik atau tidak sesebuah organisasi.
Ini disebabkan karena jaminan atas hak-hak pekerja pada akhirnya berpengaruh langsung secara positif atas sikap, komitmen, kesetiaan, produktivitas, dan akhirnya kerja yang dilakukan setiap pekerja. Suka atau tidak suka, hal ini berpengaruh langsung terhadap  kemajuan organisasi secara keseluruhan.
Secara umum ada beberapa hak pekerja yang dianggap mendasar dan harus dijamin, dalam penerapannya sangat ditentukan oleh perkembangan ekonomi dan sosial-budaya dari masyarakat atau negara dimana suatu perusahaan beroperasi.

Antara Hak-hak Pekerja:

a. Hak atas pekerjaan
Hak atas pekerjaan merupakan suatu hak asasi manusia. Maka sebagaimana halnya tubuh dan kehidupan merupakan salah satu hak asasi manusia, kerja pun merupakan salah satu hak asasi manusia. Ia melekat pada manusia sebagai manusia sejak lahir dan tidak seorang pun dapat merampasnya.

b. Hak atas upah yang adil
Merupakan hak legal yang diterima dan dituntut seseorang sejak ia mengikat diri untuk bekerja pada suatu perusahaan. Karena itu, perusahaan yang bersangkutan mempunyai kewajiban untuk memberikan upah yang adil.

c. Hak untuk bersyarikat dan berkumpul
Mereka harus dijamin haknya untuk membentuk kumpulan pekerja dengan tujuan bersatu memperjuangkan hak dan kepentingan semua anggota mereka. Hak bersyarikat dan berkumpul merupakan salah satu syarat penting untuk boleh menjamin hak atas upah yang adil.

d. Hak atas perlindungan keamanan dan kesehatan
Dalam perniagaan modern sekarang ini semakin dianggap penting bahwa para pekerja dijamin keamanan, keselamatan, dan kesihatannya.

e. Hak untuk diberi hukuman secara sah
Hak ini terutama berlaku ketika seorang pekerja dituduh dan diancam dengan hukuman tertentu kerena diduga melakukan pelanggaran atau kesalahan tertentu.

f. Hak untuk diperlakukan secara sama
Hak ini ditegaskan bahwa semua pekerja, pada prinsipnya, harus diperlakukan secara sama, secara adil. Tidak boleh ada didiskriminasi dalam perusahaan sama ada berdasarkan warna kulit, jenis kelamin, etnis, agama, dan semacamnya, baik dalam sikap dan perlakuan, gaji, mahupun peluang untuk jabatan, pelatihan atau pendidikan lebih lanjut.

g. Hak atas rahsia peribadi
Sesebuah perusahaan mempunyai hak tertentu untuk mengetahui  kehidupan dan data pribadi tertentu dari setiap pekerja dan pekerja punya hak untuk dirahsiakan data peribadinya itu. Bahkan perusahaan harus menerima bahwa hal-hal tertentu yang tidak boleh diketahui oleh perusahaan dan ingin tetap dirahsiakan oleh seseorang pekerja.Umumya yang dianggap sebagai rahsia peribadi dan karena itu tidak perlu diketahui dan dicampuri oleh perusahaan adalah persoalan yang menyangkut keyakinan agama, pandangan dan haluan politik, urusan keluarga, serta urusan sosial lainnya.

h. Hak atas kebebasan suara hati
Hak ini menuntut agar setiap pekerja harus dihargai kesedaran moralnya. Ia harus dibiarkan bebas mengikuti apa yang menurut suara hatinya adalah hal yang baik.

Inilah antara hak-hak seorang pekerja di sesebuah organisasi. Jika hak seorang pekerja dijaga dengan baik, maka pencapaian sesebuah organisasi akan terus meningkat kerana pekerja merasa senang dan seronok bekerja. Jika tidak dijaga, maka ia akan menyebabkan sesebuah organisasi merudum jatuh.
Terima Kasih sudi membaca. Boleh tinggalkan komen ada dibawah :)
sumber : http://ucipechel.blogspot.my/2013/12/hak-pekerja.html